Friday 13 April 2012

Komposisi Udara

Manusia dapat bertahan sampai satu hari tanpa air di daerah gurun yang paling panas, tetapi tanpa udara manusia hanya bertahan beberapa minit saja. Jadi anda tentu dapat menyimpulkan sendiri betapa pentingnya udara bagi kehidupan di bumi. Kerana tanpa udara, maka manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup. Udara untuk kehidupan sehari-hari terdapat di atmosfera. Atmosfera juga berfungsi sebagai payung atau pelindung kehidupan di bumi dari radiasi matahari yang kuat pada siang hari dan mencegah hilangnya panas ke ruang angkasa pada malam hari. Atmosfera juga merupakan penghambat bagi benda-benda angkasa yang bergerak melaluinya sehingga sebagian meteor yang melalui atmosfera akan menjadi panas dan hancur sebelum mencapai permukaan bumi. Lapisan atmosfera merupakan campuran dari gas yang tidak nampak dan tidak berwarna. Empat gas utama dalam udara kering meliputi (lihat jadual 1.1).


2 comments:

  1. terima kasih.. blog ini banyak juga membantu saya dlam mniapkan tugasan utk PBS..

    ReplyDelete
  2. Air tidak memasuki balang gas pada awal eksperimen. Terangkan sebabnya

    ReplyDelete